Azam & Iktikadku 2013- Artikel 1
PENDAHULUAN
Alhamdulillah panjatkan kesyukuran
kepada Allah yang masih memberikan peluang kepada kita untuk hidup pada tahun
2013 dan masih ada peluang lagi untuk bertaubat dan menjadi lebih baik dari
taun lepas. Cuba kita bayangkan andai
kata kita tidak diberikan peluang untuk bernafas pada tahun baru ini… cukupkah
amalan kita?? Banyakkah sedekah kita?? Adakah kita cukup berbakti kepada ibu
bapa?? Andai ditimbang amalan kita di saat ini mampukah kita mengecap kebahagiaan
di akhirat. Layakkah kita dengan amalan kita ini diberikan ganjaran syurga yang
tidak dapat dibayangkan kenikmatannya oleh mata kasar. Syukurlah banyak- banyak
yek.
AZAM
Cube kita fikirkan sejenak apakah
amalan yang telah kita lakukan , dosa-dosa yang kita telah lakukan masyallah…
“Allah aku memang tidak layak untuk mengecapi syurgamu ya Allah, aku hanya
mampu berharap engkau berikan hidayah-MU padaku Ya ALLAH” . Mengharungi hari
demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa kecil mahupun besar.
Pernahkah kita memohon keampunan dariNYA?. Dalam dunia yang fana ini, setiap
insan pasti pernah melakukan kesilapan dalam sejarah hidup nya. Pasti kita
ingin melupakan sejarah hitam yang pernah kita lakukan. Dengan kewujadan tahun
baru ini, ramailah yang memasang azam baru dari pelbagai aspek dr segi duniawi
dan ukhrawi. Nak kereta besar laaa..
rumah besar dan bini besar… heee. Menjelang sahaja tahun baru… setiap insan
berazam untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas. Namun, cukupkah kita sekadar
berazam untuk berubah kepada kebaikan akan tercapai?? Rasanya tidak. Azam yang
kental perlu diselangi dengan doa, kesungguhan , taubat nasuha dan tawakkal
pada Allah baru menjadi. Kalau sekadar azam hangat-hangat taik ayam baik tak
payah la bro..
MENGATASI
Masa lalu yang penuh noda kita lupakan dan buka lembaran baru .
Sematkan dalam fikiran kita “ The Past is Past, Now Im heading for a new future
and a new life”.
"People change as time flies, but the memory may remain". - Anonymous
Kehidupan di dunia ini ibarat roda.. hari ini kita yakin iman kite
teguh… hari esok kita longlai. Bila kita rasa iman kita lemah, cepat-cepat kita
ingatkan betapa banyak dosa yang telah kita lakukan supaya kita tidak lari dari
landasaan sebenar keredhaan Illahi. Kita akan belajar dari kesilapan kita dan
sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan. Berdoalah pada Illahi moga diberi
petunjuk dan mengentalkan iman kita ketika iman kita lemah. Sekiranya keinsafan
masih menebal pada diri kita, sebenarnya kita masih lagi menyirami iman kita
dengan baja keampunan dari Allah SWT. Jika tidak, jangan dibiarkan dosa-dosa
itu menjadi sebati dan kekal selamanya pada hati nurani kerana dari situlah
'air muka' kita akan terbentuk dengan perkara-perkara yang sebenarnya datang
dari hati kita sendiri.
MENGHUKUM ORANG LAIN,
PERUBAHAN
Perlu kita ingat bahawa Allah boleh menarik nikmat iman itu
bila-bila masa. Oleh itu, kita tidak boleh sesuka hati menghukum dan
menerakakan orang lain.
“Kau nie buat maksiat
je.Nanti masuk neraka lah kau”
“Kau ni perangai dah
serupa Syaitan , Iblis nanti Nerakalah tempat kau”
“Kau nie tak layak masuk Syurga, tapi Neraka tu
sangatlah sesuai dan selayaknya untuk kau”
Kita perlu sedari hakikat kehidupan yang mana kemungkinan
hari ini, dia adalah pembunuh, penzina, pencuri ataupun tukang fitnah. Siapa tahu, esok atau lusa, mungkin dialah insan
yang paling baik amalannya, paling khusyuk solatnya,
paling baik budi pekertinya. Di kala insan
lain sedang dibuai mimpi indah lena di atas
tilam empuk. Tapi dia, bertahajud dan berzikir
memuji keagunggan Allah Penciptanya. Percayalah bahawa hidayah Allah itu sangat indah
dan kalian pasti menangis semahunya apabila Allah berikan hidayahNya pada
kalian. Tersangatlah Indah dan tak mampu
digambarkan perasaan itu...hidayah itu tak datang dengan sendirinya ianya harus di 'Intai', di 'Cari'. Mohonlah pada Allah agar dikurniakan Hidayah. InsyaAllah, Dia akan berikan Hidayah yang indah. Hidayah yang akan menyelamatkan kamu dari terus
dibuai mimpi indah dunia. Yang menyesatkan dan
memesongkan hati. membuat kamu lupa akan
tanggungjawab terhadap pencipta
(Surah al-An’am ayat 125)
Maksudnya:
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk
kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima
Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia
menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang
mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan
azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
TERLAMPAU YAKIN DENGAN
IMAN YANG ADA
Disaat dan ketika ini, ada dikalangan kita mengatakan bahawa
apabila seseorang itu dipenuhi dengan iman dan taqwa pastinya berpegang teguh
dengan agamanya. Mana mungkin manusia yang bersifat baharu ini tidak akan diuji
walaupun hidupnya diselubungi dengan kemewahan melimpah ruah. Ada juga
menyatakan yang menutup aurat itu hidupnya akan menjadi kebal dengan nafsu
kerana badannya dilitupi dan tidak akan mudah melakukan dosa berbanding mereka
yang tidak berhijab atau tidak menutup aurat. bukan mudah untuk memelihara
iman, kerana iman kita ini ibarat daun-daun yang berguguran, apabila ia dipukul
angin ia akan berterbangan mengikut arus angin. Sesungguhnya, iman itu tidak
bersifat kekal dan sentiasa berubah-ubah. Ada suatu masa kita rasakan hidup ini
sangat dekat dengan Allah SWT dan adakalanya tidak. Itulah manusia yang Allah
ciptakan, hatinya sentiasa bermain-main dengan perasaan. Kadangkala dengan iman
kita terasa indah dan lama kelamaan iman itu semakin hilang dan menjadikan kita
manusia yang alpa kepada Allah SWT. Ini kerana keteguhan kita terhadap iman
masih diawang-awangan dan menganggap tiada kepentingan dalam mengekalkan iman
di dalam diri.
SETIAP SAAT DIUJI.
Tidak akan senang manusia itu kalau hidup tidak pernah diuji.
Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan
kehilangan sesuatu yang dikatakan "ujian dan dugaan". Ya, saat kita
diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan
kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa
yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu
sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan
gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu
membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut
pada anggota badan kita iaitu hati.
SERAH DIRI PADANYA.
Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah
dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu.
Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya.
Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang
diucapkan. Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan
neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri. Beriman
kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap
kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam
menghadapi pelbagai keresahan hidup. Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan
mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa
kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta
kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat
dan bersujud padaNya. Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah
iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.
Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap
sanubari. "Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan
dugaan-MU".